Catatan

HEBAT SANGAT KLIA HINGGA TIDAK BERBOMOH …

Ketika kita sedang hebat mempergiatkan usaha mencari pesawat MH370 yang hilang, dengan bantuan negara-negara lain dengan pelbagai cara mencakupi ruang udara, laut dan darat, ada juga usaha-usaha spiritual. Seperti yang diungkapkan oleh mantan juruterbang Kapten Nurudin Abd Majid, “apabila kekehebatan sains berakhir, di situlah mulanya kekuasaan Allah SWT.” Namun apabila muncul pula seorang bomoh yang menggunakan kaedah tersendiri, tiba-tiba Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa “rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin adalah bercanggah dengan akidah Islam kerana mengandungi unsur syirik, khurafat serta penipuan”.   Hebatnya JAKIM sehingga dengan hanya melihat boleh membuat kesimpulan bahawa bomoh yang dimaksudkan bergulat dengan syirik, khurafat dan penipuan. Secara peribadi, saya bukanlah seorang yang mempercayai dengan perbomohan, namun saya tidak pernah menolak jika ada rakan-rakan yang mahukan saya menemani mereka untuk tujuan tersebut....

CERITA AYAM RM1 & MENTERI KE PASAR

Memang seronok tinggal di Malaysia, ketika kita sedang berduka dengan kehilangan misteri pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 orang anak kapal, kita dihiburkan oleh Perdana Menteri yang membeli ayam dengan harga RM1. Bukanlah niat saya mempersendakan Perdana Menteri, namun laporan Perdana Menteri membeli ayam dengan harga RM1 sebenarnya adalah penawar duka ketika kita sedang berhiba dengan kehilangan pesawat MH370. Tidak pasti apa motifnya, namun Perdana Menteri yang melawat NSK Trade City di Kuchai Lama bagi majlis pelancaran Anugerah Kedai Harga Patut 2014 dikhabarkan berjaya membeli seekor ayam dengan harga RM1.  Khabarnya disediakan sebanyak 1000 ekor ayam. Saya tidak begitu pasti sama ada Perdana Menteri dibodohkan atau sengaja membodohkan diri untuk mempercayai bahawa ayam yang dibelinya hanya berharga RM1. Jikapun saya yang menjadi peniaga, dan Perdana Menteri berhasrat untuk melakukan majlis di premis saya, tentulah saya juga akan menawarkan sesu...

APA SELEPAS BERSALAH ANWAR?

Akhirnya Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum Pakatan Rakyat didapati bersalah kerana meliwat bekas pembantu peribadinya yang tidak lari ketika cuba diliwat. Berita disabitkan kesalahan dan dihukum penjara selama lima tahun bukanlah satu berita yang memeranjatkan.  Ini kerana kerajaan BN memang berhasrat untuk menegakkan keadilan demi mangsa liwat yang teraniya kerana tidak melarikan diri ketika cubaan meliwat. Kita sepatutnya merasa bangga kerana kesungguhan kerajaan BN memastikan bahawa mereka yang bersalah akan menerima hukuman setimpalnya.  Namun apabila tiada siapa pun ‘terdakwa’ dalam kes PKFZ yang bernilai berbillion ringgit, mungkin kita terpaksa juga menerima hakikat bahawa sistem kehakiman di Malaysia adalah yang terbaik di rantau ini. Rakyat Malaysia yang cintakan keadilan gaya kerajaan BN khususnya para pengundi di Kajang sepatutnya berterima kasih dan bersyukur dengan usaha kerajaan BN melewatkan tarikh penamaan calon dan pengundian dalam Pilih...

LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA!

Cerita lembu dan sapi bukanlah cerita yang baru.  Tidak pernah kita dapat membeli minyak ‘lembu’ tetapi yang diperolehi adalah minyak ‘sapi’.  Walaupun minyak sapi dihasilkan daripada susu lembu, namun kredit kepada lembu bukan sahaja tidak ada, malah dinafikan pada aspek komersilnya. Sabtu lalu, telah berlangsung upacara perasmian Jambatan Kedua Pulau Pinang.  Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah  yang diberi nama sempena DYMM Yang DiPertuan Agong telah mula digunakan dan dibuka untuk manfaat rakyat. Kisah pembinaan jambatan kedua di Pulau Pinang pertama kali disuarakan pada tahun 1992, kemudiannya dirancang pada tahun 1996 namun ia hanya mula dibina pada tahun 2008, ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri, lagipun Pulau Pinang adalah negeri kelahiran Perdana Menteri ketika itu, maka tentulah sebagai Perdana Menteri, Pak Lah mahu jambatan kedua menjadi realiti. Jambatan Pulau Pinang yang pertama dibina pada tahun 1982, ketika Dr. Mahathir menjadi Per...

APABILA MAHATHIR KENA KENCING?

Bayangkanlah jika orang yang tidak dikenali datang dan mahu menggunakan laman rumah kita untuk sebuah majlis, dan kita tidak pula mengenali penganjur majlisnya.  Selepas beberapa ketika tersebar pula bahawa majlis yang dianjurkan itu bercanggah dengan perundangan negara pula. Untunglah pihak berwajib tidak akan mendakwa dan memanggil kita untuk memberi keterangan. Itulah analogi kisah bagaimana Yayasan Kepimpinan Perdana yang diasaskan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dimana berlangsungnya Seminar “Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian Semula” pada Ahad lepas kini mengundang persoalan pengisian seminarnya. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) khabarnya telah membuat rumusan bahawa Dr. Mahathir tidak bersalah dan tidak akan dipanggil untuk memberi keterangan malah tidak mempunyai kaitan dengan seminar kontroversi pemikir Dr. Kassim Ahmad. Bagaimana JAKIM merumuskan hal ini tentulah tidak memerlukan jawapan yang panjang sesuai dengan semangat Malaysia Bo...

CHEW MEI FUN BAKAL LAKAR SEJARAH?

Lirik lagu motivasi  Fikirkan Boleh agaknya menjadi suntikan kepada BN, MCA dan calon yang terpilih untuk mewakili BN dalam Pilihanraya Kecil N24 Kajang pada 23 Mac 2014 nanti. Liriknya antaranya yang berbunyi: Jika kau fikirkan kau boleh, kau hampir boleh melakukan, jika kau fikirkan ragu-ragu, usahamu tidak menentu.  Jika kau fikirkan kekalahan, kau hampiri kegagalan, jika kau fikirkan kemenangan, kau hampiri kejayaan! Naib Presiden MCA yang juga mantan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menawarkan diri dan terpilih untuk mewakili BN dalam Pilihanraya Kecil yang diberikan pelbagai jolokan oleh Pakatan Rakyat. Pelbagai jenama yang diberikan kepada PRK Kajang antaranya “Serampang Kajang”, “Langkah Kajang”, “Percaturan Kajang”, “Rencana Kajang”  – semua khabarnya menjurus kepada memberikan laluan untuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor pasca Pilihanraya Kecil nanti. Namun percaturan di Ka...

MARI KITA BERDEMO SAMBIL SEMBELIH AYAM!

Sumpah potong ayam, selepas ini saya akan aktif berdemo.  Apa tidaknya, rupanya berdemo yang dikatakan ‘bughah’ oleh Mufti Perak sebelum ini telah diberikan tafsiran baru oleh Majlis Jemaah Islam NGO Malaysia. Sekurang-kurangnya, di Malaysia yang menjadikan Islam agama rasminya telah pun diiktiraf acara berdemo dan bagi ‘menghalalkannya’ pula ayamnya disembelih. Pedulilah jika demo yang dianjurkan itu untuk menunjukkan ‘sokong berani mati’ kepada para pemimpin mereka.  Namun demo anjuran NGO (baca:ngok) yang menggelarkan diri mereka Majlis Jemaah Islam NGO Malaysia benar-benar memberi tafsiran baru dalam menghalalkan sesi berdemo di negara kita. Walaupun secara peribadi saya tidak merasakan apa-apa mengenai klip video yang dikatakan menghina para pemimpin negara, kerana apa yang lebih penting adalah mesej yang cuba disampaikan lewat klip video ucapan Tahun Baru Cina. Namun langkah yang diambil oleh NGO yang meletakkan nama Islam dalam Jemaah mereka menganjurka...