HARAPAN EMAS MALAYSIA
Kurang 60 jam, sukan terbesar dunia akan berlangsung di kota London bermula daripada 27 Julai hingga 12 Ogos 2012. Sukan Olimpik yang diadakan setiap empat tahun dengan yang terakhir berlangsung di Beijing pada 2008. Persiapan Malaysia menjelang Olimpik telah bermula selepas penyertaan di Sukan Olimpik Beijing 2008, selepas itu Program Road to London yang merupakan program penyediaan atlet untuk mendapatkan emas pertama negara di Sukan Olimpik telah dilancarkan pada 16 Februari 2009. Yang paling hampir setakat ini ialah memenangi pingat perak melalui acara badminton yang dirangkul oleh Lee Chong Wei di Sukan Olimpik Beijing 2008. Sukan Olimpik edisi ketiga puluh adalah kali ketiga kota London menjadi tuan rumah sukan berprestij ini. Kota London pernah menjadi tuan rumah kali pertama pada tahun 1908 dan kedua kalinya pada tahun 1948. Kontinjen Malaysia diwakili oleh seramai 30 atlet yang t...