Catatan

ADAB MAJLIS

Semalam telah berlangsung Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara yang telah menobatkan Datuk Ahmad Kamal Abdullah atau nama penanya Kemala, sebagai Sasterawan Negara yang ke-11. Sungguhpun beliau diumumkan pada Mei 2011 yang lalu, namun majlis pengurniaan secara rasmi oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung hanya berlangsung semalam. Apa yang menarik ialah buat pertama kalinya Ketua Pengarah Dewan Bahasas dan Pustaka telah menyampaikan ucapan beliau di majlis ini yang lazimnya disampaikan oleh Menteri Pelajaran selaku Pengerusi Panel Penilai Anugerah Sastera Negara. Khabarnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam keadaan kurang sihat dan telah meminta Ketua Pengarah DBP mewakili beliau. Hampir 600 tetamu telah memenuhi Dewan Banquet Hotel Istana, yang khabarnya disiarkan secara langsung melalui RTM 1, memanglah wajar agensi kerajaan seperti Radio Televisyen Malaysia mengambil inisiatif untuk menyebarluaskan perkembangan dan agenda dunia sastera seperti majlis yang penu...

POTRET TERBAIK

Imej
Berapa ramai dari pemimpin sama ada di sektor awam mahupun korporat yang benar-benar memberikan reaksi kepada permasalahan orang di bawahnya mahupun para pelanggan mereka. Jika kita andaikan Perdana Menteri adalah ketua dan pemimpin dan kita merupakan kakitangan dan rakyatnya, apa yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri pada masa ini adalah contoh terbaik bagaimana pemimpin dan ketua berinteraksi terus dengan rakyatnya. Saya teringat beberapa ketika dahulu ketika mengulit dan menghadam buku tokoh usahawan terkenal – Konosuke Matsushita “Not For Bread Alone” apa yang ditekankan oleh beliau ialah tidak memilih pelanggan, hatta yang kaya mahupun miskin haruslah mendapat layanan sama rata. Kisah bagaimana beliau memarahi kakitangan di kedai paunya yang tidak melayan seorang miskin yang mahu membeli pau akan sentiasa diingati bagaimana pelanggan tidak harus dibezakan. Beberapa bulan dahulu ketika saya diamanahkan untuk membantu dalam urusan mendapatkan sumbangan bagi menjayakan se...

INTERLOK, PARAH & HARAP …

Imej
Katalah apa sahaja, namun yang pasti bahawa dunia sastera Malaysia tidak setenang dahulu. Episod bantahan besar-besaran sehingga memaksa pihak Kerajaan meminda beberapa frasa di dalam novel Interlok di awal tahun lepas adalah sebahagian kecil riak dunia sastera kita yang kecil. Novel Interlok yang nyawanya sebagai teks KOMSAS Tingkatan 5 bagi Zon 2 yang meliputi Negeri-negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan hanya mampu bertahan selama setahun. Kini novel Interlok yang kononnya menghina kaum India di negara ini, akhirnya digugurkan dan digantikan dengan novel Konserto Terakhir karya penulis yang sama. Minggu lepas pada ketika yang sama saya memperolehi naskhah jurnal Malay Literature saya yang kebetulan pula merupakan keluaran khas Interlok, saya menonton teater ‘Parah’ arahan Jo Kukuthas yang naskhahnya dihasilkan oleh Alfian Saat. ‘Parah’ kisah empat sahabat seperti biasa dengan dua watak Melayu, Melur dan Hafiz serta wat...

KISAH DUA HOSPITAL

Imej
Ada dua lokasi yang paling saya gemar mengunjunginya. Satu ialah lapangan terbang sama ada untuk menghantar atau menyambut seseorang, satu lagi ialah di hospital. Pantang sahaja saya mendengar ada keperluan untuk ke dua-dua lokasi ini, pasti saya tidak akan melepaskan peluang. Pernah suatu ketika saya begitu santai hingga tidak punya sebarang aktiviti memaksa saya melawat ke hospital tanpa mengenali sesiapa pun. Beberapa hari yang lalu saya terlepas peluang untuk ke hospital kerana kekangan urusan pejabat. Anak kecil saya dalam usaha mengesan pendarahan di hidungnya. Kisah mengapa saya amat menyenangi kunjungan kedua tempat ini, rasanya amat mudah, hospital dan lapangan terbang atau stesen keretapi mahupun bas sebenarnya akan menyingkap pelbagai kisah suka dan duka, lebih-lebih lagi kunjungan ke hospital. Kecekapan dan tindakan pantas petugas di HUKM di Cheras yang berjaya mengeluarkan bendasing di hidung anak kecil saya sesuatu yang tidak saya jangka. Walaupun kunju...

AIRASIA OH AIRASIA!

Imej
Saya sudah serik menggunakan perkhidmatan AirAsia, betul jika terdapat pilihan walaupun dengan harga sedikit tinggi, saya mengelak menggunakan perkhidmatan tambang murah itu, yang menggunakan tagline – kini semua orang boleh terbang! Saya serik bukan kerana tambangnya ‘benar-benar’ murah, bukan. Tambang AirAsia memang murah berbanding pesaingnya namun bukanlah murah sebenar-benarnya. Kuasa dan kesedaran kepenggunaan di negara kita tidak begitu tinggi, dalam erti kata lain, persatuan-persatuan pengguna di negara kita masih lagi diperlekeh oleh kapitalis. Kisah penerbangan murah negara kita menjadi peneraju di beberapa buah negara luar adalah sesuatu yang menarik, apabila Tony Fernandes memilih untuk memulihkan sebuah syarikat penerbangan milik Kerajaan menjadi sebuah syarikat penerbangan yang berkembang begitu pesat tentulah amat membanggakan. Namun pengalaman menggunakan penerbangan AirAsia (sekurang-kurangnya pengalaman peribadi) memang amat mengecewakan dan memperlekeh...

BERANI KERANA BENAR

Imej
Kisah lembu NFC dan kaedah penggunaan dana kerajaan yang disalurkan kepada NFC Corp yang dimiliki oleh keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil, khabarnya kini sedang dalam penyiasatan oleh pihak berkuasa. Apa yang menariknya ialah apabila Perkasa dan beberapa NGO lain melakukan kunjungan hormat ke NFC. Tiba-tiba Perkasa muncul sebagai jurucakapnya yang baru memberikan pelbagai maklumat dari perspektif mereka. Anehnya dikhabarkan juga bahawa pihak Audit Negara telah tersilap dalam menamakan entiti tersebut kerana terdapat dua entiti, masing-masing NFC dan NFCorp. Presiden Perkasa itu melaporkan pula bahawa NFC milik keluarga Sharizat itu telah dianiya oleh bekas kakitangannya, yang telah melakukan pecah amanah. Soalnya sekarang bukanlah maklumat yang diberikan oleh siapa pun yang penting tetapi adakah maklumat yang diberikan itu tepat dan penyelewangan tersebut benar-benar dilakukan oleh pengurusan NFC? Adakah mewajarkan pembelian kondominium mewah di Kuala Lumpur dan Sing...

SYABAS POLIS!

Akhbar-akhbar hari ini melaporkan bagaimana seorang anak ‘Datuk’ ditahan kerana suatu kes jenayah yang disyaki beliau terbabit pada tahun 2006. Ironinya kes ini adalah kes bunuh seorang graduan Universiti Utara Malaysia pada 14 Januari 2006. Suspek ini dikhabarkan melarikan diri selepas dibebaskan dengan jaminan polis semasa menunggu keputusan ujian DNA. Apa yang memusykilkan saya ialah kenapa pihak polis perlu menunggu begitu lama untuk menangkap semula suspek, iaitu selepas enam tahun. Adakah kerjasama Interpol tidak memungkinkan suspek ini diekstradisi ke negara ini untuk dibicarakan. Pihak polis pula dengan bangganya memaklumkan bahawa - “Polis tidak pernah menutup kes ini dan sentiasa mengikuti perkembangan kes tersebut setiap dua bulan” Maknanya dalam tempoh enam tahun, polis telah berusaha mengikuti perkembangannya sebanyak 36 kali tanpa apa-apa tangkapan atau usaha membawa suspek ke muka pengadilan di mahkamah Malaysia! Walauapapun seperti pepatah Inggeris...