ENTHIRAN SI ROBOT ...
Minggu lepas saya berkesempatan menonton filem Tamil – Enthiran yang bermaksud Robot. Filem Tamil ini yang bersifat universal melainkan adegan nyanyian yang memang sinonim dengan filem Tamil. Filem ini mengambil masa lebih dua tahun bagi penghasilannya manakala kerja-kerja pra produksinya mengambil masa sedekad apabila idea filem ini pertama kali dilontarkan oleh pengarahnya – Shankar. Malah filem ini mengalami pelbagai perubahan penerbit dan para pendukungnya. Pelakon Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan pernah dilaporkan sebagai penerbit dan pelakon utamanya sebelum menarik diri kerana menganggap skrip filem ini sebagai tidak ampuh. Endhiran kisah yang biasa diceritakan dalam konteks yang lebih saintifik melalui penciptaan robot yang dinamakan Chitti oleh teraju utamanya – Rajnikanth. Professor Vaseegaran (Rajnikanth) berusaha selama 10 tahun untuk menghasilkan robot ini yang akhirnya ditolak oleh panel penilai kerana dikatakan tidak beremosi. Maka usaha keras untuk Vasee mengubah suai...