Catatan

AL-FATIHAH BUAT YASMIN AHMAD & KAPT YUSOF AHMAD

Imej
Allahyarham Yasmin Ahmad - seorang pengarah filem dan iklan yang prolifik Teman-teman blogger kehilangan dua sahabat blogger, Pengarah iklan dan filem tersohor, Yasmin Ahmad meninggal pada malam Sabtu lepas selepas rebah ketika membuat pembentangan di Sri Pentas pada hari Khamis. Legasi Yasmin Ahmad akan sering diingati oleh semua terutama menjelang perayaan-perayaan utama di negara kita - siapa boleh lupa iklan-iklan mesej perayaan Petronas misalnya yang begitu meninggalkan kesan emosional dan spiritual. Anak-anak saya misalnya akan sentiasa tertunggu iklan-iklan sedemikian, dan saya yang mengenali karya-karya beliau termasuk filem-filem akan lebih terasa. Kerjaya filem yang dimulakan dengan dengan Rabun (2003) dan karya terakhirnya Talentime (2009) memang sarat dengan nilai-nilai kemanusian yang sering mencetus kontroversi. Enam filem garapannya Rabun (2003) , Sepet (2004), Gubra (2006), Mukhsin (2006), Muallaf (2008) dan Talentime (2009) memenangi pelbagai anugerah dalam dan l...

SELAMAT TINGGAL PPSMI ...

Imej
Akhirnya Kerajaan ‘Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan’ dengan segala keberanian membuat keputusan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walaupun keputusan ini tidak akan berkuatkuasa serta merta seperti masa pelaksanaannya pada tahun 2003, malah akan mengambil masa sehingga 2012, untuk peralihan sepenuhnya. Sekurang-kurangnya pengumuman ini akan mampu memberi tidur yang lena kepada semua pejuang bahasa dan penentang dasar PPSMI ini. Apatah lagi ia diumumkan beberapa hari menjelang 100 hari kepimpinan Kerajaan ‘Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan’ , juga beberapa hari sebelum berlangsungnya pilihanraya kecil DUN Manik Urai yang bakal berlangsung pada 14 Julai nanti, walaupun bukan berdasarkan pertimbangan politik, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri. PPSMI dengan segala keangkuhan dan kegelojohan pencetusnya telah menimbulkan pelbagai polemik, malangnya tidak ketika diteraj...

MUSIM MENUAI…

Imej
Sawah Padi - gambar diambil dari petronasadventure.com Antara usaha awal mantan Perdana Menteri Malaysia yang kelima – Tun Abdullah Ahmad Badawi sewaktu menjadi Perdana Menteri ialah penubuhan Institut Integriti Malaysia yang diisytiharkan pada 5 November 2003, dan menjadi realiti pada 4 Mac 2004. Selepas beberapa lama sehingga melepaskan jawatannya kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, integriti terus menjadi salah satu kata kunci dalam minda seluruh rakyat Malaysia. Kerajaan Pulau Pinang pada Jun lalu memilih Yusuf Musa sebagai pemenang pertama Hadiah Integriti Pulau Pinang kerana berjaya membongkar penyelewengan oleh seorang kakitangan Mahkamah Syarie negeri itu melibatkan RM500,000. Yusuf Musa, Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang mengesan penyelewengan selepas meneliti fail-fail dalam urusan tugasnya. Kecemerlangan Integriti yang dirintis oleh Pak Lah tidak terhenti setakat itu, pada 2 Mei 2009, dua orang anggota polis Detektif Koperal Mohd. Surani Sarbini dan Lans Koperal Mohd....

MIKAEEL, FARRAH DAN CINTA TAK KESAMPAIAN SEORANG LELAKI…

Imej
Dua minggu lepas pada awal pagi Jumaat, jam 5.26 pagi, dunia kehilangan ikon seni - Michael Jackson. Sukar untuk saya mengatakan saya bukan peminat Michael Jackson walaupun sekadar mengikuti perjalanan seninya sejak saya mula pandai membaca akhbar. Mula menyanyi ketika usia 4 tahun dan terus bergelumang dalam dunia seni sebagai ‘Raja Pop’ sehingga ke akhir hayatnya. Michael Jackson tidak pernah sunyi dari dari masalah dan skandal malah setiap perlakuannya mempunyai nilai berita yang tinggi. Siapa pernah lupa kisah dia memegang anaknya dibalkoni dalam keadaan yang mencemaskan. Walaupun selepas kematiannya, perihal bagaimana dia menemui ajalnya masih lagi menjadi persoalan: mengambil preskripsi dadah bagi membolehkan kecergasannya sehinggalah kepada hutang dan tuduhan bahawa dia bukanlah ayah sebenar kepada tiga orang anaknya. Michael Jackson disamakan dengan Elvis Presley yang mati pada usia 42 tahun akibat mengambil dos berlebihan. Kedua-dua mereka dianggap aneh dan misteri. Hari i...

SELAMAT HARI BAPA

Imej
Bapa Kemerdekaan Malaysia - YAM Tunku Abdul Rahman Esok 21 Jun, hari Ahad ketiga dalam bulan Jun, itu tarikh sambutan Hari Bapa. Sebagai bapa memanglah mengharap ucapan dan hadiah tetapi yang lebih manis ialah kesungguhan anak-anak untuk menjadi anak-anak yang soleh. Itulah harapan arwah ayah saya ketika ditanya mengenai sambutan Hari Bapa sewaktu saya masih di bangku sekolah rendah lagi. Biar apa sahaja gelaran kepada seorang bapa berasaskan latar agama, sosio dan budaya seseorang, fungsi kebapaan tidak pernah terabai sungguhpun ibu dianggap insan utama seperti yang disebut dalam kitab suci Al-Quran. Selepas menjadi bapa kepada lima orang cahaya mata, seorang teman saya yang sering menempelak kakaknya yang terlalu memanjakan anak-anaknya, kini baru terasa selepas diri menjadi bapa. Hati seorang bapa memang sukar diteka. Tidak seperti si ibu, tidak banyak puisi dan madah mengenai si bapa, namun bapa tetap kekal sebagai idola dan wira di hati si anak, sekurang-kurangnya itulah tanggapa...

HSKU, TETAMU KEHORMAT & INSOMNIA..

Imej
Tetamu Kehormat menyampaikan hadiah kepada pemenang - ihsan akhbar Utusan Malaysia Semalam saya memenuhi jemputan teman saya untuk menghadiri majlis penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 (HSKU). HSKU yang telah mamasuki tahun ke-24 penganjurannya memang unik dan dianggap berprestij. Apa tidaknya HSKU mencatat sejarah tersendiri dengan majlis berlangsung di Istana Budaya, ASTRO sebagai penyiar rasmi dan tambahan acara sampingan HSKU iaitu Majlis Baca Puisi yang berlangsung pada 12 Jun lalu dan acara Utusan Sukma Sepagi Bersastera yang bakal berlangsung pada 22, 23 dan 25 Jun nanti. Majlis itu diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat: baca: TETAMU KEHORMAT . Tetamu Kehormat yang dimaksudkan ialah mantan Perdana Menteri, YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Saya kira teman saya yang terlibat sebagai sekretariat HSKU tentu dapat tidur lena selepas majlis itu, lain pula dengan saya, saya meninggalkan majlis itu selepas SN/SR baca sajaknya....

20 JUN - MANIFESTASI PELARIAN

Imej
Gambar Ihsan UNHCR Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah menetapkan 20 Jun pada setiap tahun sebagai Hari Pelarian Sedunia. Betullah kata pepatah: Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, jika diberi pilihan tentulah lebih seronok di negeri sendiri daripada merantau ke negara orang, sekurang-kurangnya itulah yang diluahkan oleh warga Bangladesh yang membantu saya untuk mengisi minyak kereta ketika berkunjung ke stesen kerang saban kali. Itu cerita pendatang asing yang sah tinggal di negara ini, apa agaknya nasib pelarian yang lari dari sesebuah negara bergolak misalnya, pelarian Rohingya. Hari Pelarian Sedunia dengan objektif untuk memupuk kesedaran kepada masyarakat terhadap nasib dan masa depan golongan pelarian di seluruh dunia telah diraikan secara global sejak tahun 2000. "Real People, Real Needs" Rakyat Sebenar, Keperluan Sebenar, tema yang dipilih untuk mengenang nasib pelarian pada tahun ini - pelarian adalah golongan yang berkeperluan sama seperti...