Catatan

ADAB BERGURU

Imej
Gambar dari akhbar The Star - http://thestar.com.my benar-benar menyentuh naluri saya! Saya sedikit tersentuh melihat foto jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei dan teman wanitanya pemain beregu negara Wong Mew Choo mengunjungi jurulatih badminton negara Datuk Misbun Sidek yang terlantar sakit di Hospital Tawakal. Saya teringat kisah isteri saya, seorang guru ketika mengajar di sebuah sekolah menengah di ibu kota beberapa ketika dahlulu, ialah bagaimana pelajar-pelajar bukan Islam khususnya dari kaum China begitu menghormati guru-guru mereka dan ironisnya pelajar-pelajar Islam pula menjadi ‘bongkak’ selepas mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan seolah-olah kejayaan mereka itu adalah kejayaan total mereka. Pelajar-pelajar bukan Islam pula akan terus menghormati guru-guru mereka walaupun isteri saya telah tidak lagi mengajar mereka, rasa hormat sentiasa terpahat dalam diri mereka. Saya amat yakin, semua agama di dunia menyenaraikan hormat kepada ibu bapa, guru dan orang-o...

NEGARA RESOLUSI

Sajak ini tidak mungkin tersiar dalam akhbar arus perdana! Akhiran yang rasanya sesuai untuk penghujung tahun 2008. Nikmati. negara resolusi (apologi buat saudara seislamku – hishamuddin hussein) saban hari saban minggu saban bulan saban tahun lelaki itu dari janggut sejemput hingga sepanjang bayi delapan hari dia terus berdiskusi berseminar bersidang bermultaqa acapkali di bawah pokok ketapang dengan teman-teman sealiran rakan seangkatan sambil menghirup teh tarik atau terkadang kopi tawar ketika negara dilanda krisis gula sambil mengulangbaca resolusi empat belas perkara terkadang pula di hotel tiga atau empat bintang menghadiri seminar bertaraf kebangsaan dirasmi datuk menteri sambil dalam ucapan berapi menyeru peserta menghasil resolusi yang mampu menganjak generasi! selepas tiga hari dua malam berkurung diri dalam hotel mewah dibiayai dana kerajaan timbalan menteri penuh istiadat menerima resolusi dua puluh satu perkara antaranya: memperkasa bahasa kebangsaannya! lelaki itu dalam ...

KEGANASAN ISRAEL LAKNAT!

Imej
(Gambar-gambar dari Aljazeera) Untuk kesekian kalinya, bumi Palestin bermandi darah, menurut laporan 220 terbunuh manakala 400 yang lain cedera, apabila Israel (baca: Israel laknat) melancarkan serangan peluru berpandu ke arah Genting Gaza. “Sedang saya menulis rencana ini, jet-jet Israel sedang mengebom kawasan-kawasan sekitar Zeitoun dan Rimal di tengah-tengah Bandar Gaza. Keluarga yang saya tinggal bersama telah berpindah ke bahagian tengah serambi rumah mereka demi mengelakkan dari dibom. Tingkap hampir sahaja musnah berikutan letupan kuat menggegar rumah tersebut. Siren berbunyi kuat di jalanan. Bekalan elektrik yang terputus menjadikan bandar ini gelap gelita saban malam dan malam ini juga tidak terkecuali melainkan penduduk di sini merasakan malam ini adalah yang paling gelita pernah mereka tempuhi. Lebih 220 orang terbunuh dan lebih 400 yang lain pula cedera dalam serangan mengejutkan Gaza yang berlanjutan lebih 15 minit. Hospital menjadi sesak dan tidak mampu menampung. Seran...

50 DAYS

Imej
Kulit buku 50 Days Marina Mahathir dengan teman-teman blogger: Minaq Jinggo (minaq-jinggo.fotopages.com) & Engku Emran (eeblog08.blogspot.com) ketika menghadiri Himpunan 100 Hari Para Bloggers - July 2008 Tiba-tiba sahaja kisah penswastaan Institut Jantung Negara (IJN) menjadi senyap dengan kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri untuk menangguhkan penswastaannya. 50 Days sebuah kisah bagaimana seorang anak menjadi penghubung mengenai kesihatan seorang bapa yang menjalani pintasan jantung buat kali kedua. Menariknya bapa tersebut adalah YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamed, bekas Perdana Menteri yang kita kasihi. Marina Mahathir lewat blognya http://rantingsbymm.blogspot.com/ yang bermula dengan posting pertama pada 5 Disember 2006, telah secara bijaksana menggunakan blog nya untuk berkongsi maklumat mutakhir mengenai keadaan kesihatan ayahnya kepada seluruh rakyat Malaysia dan juga dunia. Sesuai dengan judulnya 50 Days – ialah himpunan catatan selama 50 hari Tun Dr. Mahathir be...

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?

Imej
Si penggali kubur tidak pernah mendoakan kematian siapa pun! Beberapa hari lalu saya menerima pesanan ringkas dari seorang teman, mengenai sebuah nama yang teman tersebut berurusan dalam kerjanya. Tiba-tiba sahaja saya mengucap syukur kepada arwah orang tua saya kerana memberikan nama yang baik kepada saya. Sewaktu kecil saya adalah anak manja ayah saya: yalah yang paling menyusahkan, yang sering sakit, yang sering menangis, yang sering berbelanja besar dan pelbagai lagi kesulitan – termasuk membuli ayah saya! Dan dalam masa tersebut saya menjadi ‘broker’/jurucakap kepada abang-abang saya – ialah ayah saya tidak pernah menolak permintaan saya hatta menolak permintaan abang-abang saya yang disampaikan oleh saya. Senarainya panjang – daripada membeli buku baru, meminta duit yang diminta cikgu, pergi rombongan, nak pergi rumah kawan, nak pergi klinik, nak beli ‘boot’ bola yang baru dan pelbagai permintaan lagi. Dengan persekitaran berkedai – semangat keusahawanan telah mulai menyubur dal...

MAAL HIJRAH 1430 vs TAHUN BARU 2009

Imej
"aku mencintai mu seperti ini, setahun 365 hari (masihi lagi) berdenyut tak berhenti dan menyerah dalam bakti!" Pada 29 Disember nanti kita akan menyambut Maal Hijrah 1430 dan beberapa hari selepas itu pula tahun 2009 akan menjelang. Sejak dua minggu lalu saya dihujani pelbagai soalan mengenai azam tahun baru 2009, malah tiada langsung mengingati tahun Hijrah 1430. Seingat saya, telah menjadi amalan saya menulis tarikh hijrah bersebelahan dengan tarikh masihi dalam semua urusan termasuk surat menyurat oleh saya. Adakah sambutan Maal Hijrah di Negara ini dipandang sepi, malah penyertaan para pemimpin pada sambutan Maal Hijrah seperti tempelan berbanding sambutan Tahun Baru masihi- saya teringat beberapa tahun lalu, seorang pemimpin tinggi Kerajaan berkejar dari satu lokasi ke lokasi yang lain bagi menyambut tahun baru. Ironisnya sambutan Maal Hijrah hanya sekadar biasa-biasa sahaja (mungkin mengambil pendekatan sederhana selaras dengan prinsip Islam Hadhari!). Sambutan Tahun ...

SANTAI HARI NATAL - PERTEMUAN PENULIS & AKTIVITIS SENI SELANGOR

Imej
Tuan Hj. Saring Sirad (Ismas Saring) Kartunis Zunar Sdr. Sani Sudin (Kopratasa) Sdr. Dinsman & Dr. Ibrahim Ghaffar YB Puan Rodziah Ismail - Exco Selangor Apa yang diminta bukanlah hak Kerajaan tetapi hak rakyat yang sebahagian mereka adalah budayawan dan seniman. Anggapan bahawa sikap meminta-minta dari Kerajaan sebenarnya ialah meminta hak seniman dan budayawan dikembalikan kepada yang berhak. Menangani isu budaya dan kesenian bukan sekadar menuntut kesungguhan budaya yang tinggi ( cultural will ) malah juga mendambakan iltizam politik ( political will ). Sdr. Zunar mempersoalkan perihal iltizam di kalangan negeri-negeri Pakatan Rakyat khususnya di Negeri Selangor sendiri. Menguit bajet seperti mengait rambutan bila diperlukan tentulah menggambarkan bahawa kebudayaan dan kesenian di mata Kerajaan adalah bersifat jangka pendek dan bukan perancangan jangka panjang sejajar dengan hasrat kerajaan PR membangunkan modal insan. Sdr. Dinsman, Pengerusi PAKSI – dalam kertas kerjanya b...