MAKAN UNTUK HIDUP


Judul : MAKAN UNTUK HIDUP : Jaga Makan Sihat Badan

Penulis : Ramli Mat Nor

Editor Perunding : Mohamed Nasser Mohamed

Penerbit : Iman Muafakat Group Sdn Bhd

ISBN : 978-983-43241-1-7

Harga : RM 19.90


Makan untuk Hidup : Jaga Makan Sihat Badan merupakan buku pertama yang ditulis oleh Ramli Mat Nor. Walaupun tidak memiliki kepakaran khusus dalam bidang pemakanan, namun tip dan panduan kesihatan yang diperturunkan malah praktikal untuk semua lapisan masyarakat. Mungkin kerana itu jugalah judul siri untuk dibuku ini berbunyi, Tip Sahabat untuk Sahabat.
“Jaga makan sihat badan”, demikian kata Editor Perunding buku ini, saudara Mohamed Nasser Mohamed dari Semenyih yang telah berjaya berkolaborasi dengan penulis untuk merealisasikan tip ini ke dalam bentuk buku yang sempurna.
Buku setebal 96 muka surat tersebut merupakan panduan umum dan ringkas tentang keperluan pemakanan dan aktiviti seharian yang perlu untuk kehidupan yang sihat dan sejahtera.
Selain membincangkan perihal amalan pemakanan dan aktiviti kehidupan manusia yang serba moden hari ini, buku ini turut memperturunkan beberapa saranan berguna untuk hidup sihat dan cergas sepanjang masa menurut perspektif Islam.
Lebih istimewa lagi buku ini dihasilkan melalui pengalaman dan pengamatan peribadi penulis di samping penekanan terhadap disiplin dan amalan pemakanan seimbang. Buku yang santai dan menggunakan pendekatan mesra pembaca ini sewajarnya dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.
Sebagai bonus, buku ini turut diselitkan 24 senaman kalistenik dan regangan di samping 24 tip pemakanan unggul. Sebagai koleksi di rak buku di rumah anda, rasanya buku ini amat bersesuaian. Apatah lagi kalau dijadikan hadiah buat seseorang. Bentuknya yang kompak dan hiasan kulit yang menguja pasti menarik perhatian.
(tulisan Sdr. Rozalan Mohd Nor www.celikhuruf.blogspot.com)

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Cam na nak dapatkan buku 2, ada ke trdapt kat kedai buku?
Tanpa Nama berkata…
x de diskaun ke, harga kekwan ke...

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?